Thursday 23 February 2012

SELESAKAH ANDA DENGAN INSURANCE DARI MAJIKAN ANDA?

Sering kita mendengar alasan dari mereka mempunyai insurance dari majikan tidak mahu mengambil polisi perlindungan diri kerana merasakan selesa dengan insurance yang kononnya telah di sediakan oleh pihak majikan mereka? Adakah anda sedar bahawa insurance yang majikan telah berikan mempunyai limit dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja dan tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada anda. 

Kenapa saya berkata sedemikian?

Mari kita menyelusuri situasi ini, mungkin di kalangan kita berkerja di Syarikat-syarikat besar yang memberi manfaat seperti insurance kepada pekerja-pekerjanya. Insurance yang diberikan tersebut biasanya mengikut pangkat dan kepentingan terhadap sesebuah syarikat tersebut. Jika seorang pekerja itu mengidap penyakit kritikal semasa berkhidmat di dalam syarikat tersebut. Adakah kos perubatan sepenuhnya akan di biayai oleh insurance syarikat tersebut?. Jika beliau bernasib baik kos perubatan di tanggung sepenuhnya oleh insurance. Jika tidak sudah tentu pekerja tersebut perlu menambah sendiri wang sendiri dalam membiayai kos perubatan tersebut.


Bertambah malang lagi setelah mengidap penyakit kritikal sudah tentu productivity seseorang pekerja tersebut akan berkurangan akibat perlu mengambil cuti panjang untuk menjalani rawatan serta keupayaan berkerja sudah tidak sama dengan keupayaan sebelum terkena penyakit. Adakah pihak majikan berminat lagi untuk mendapat perkhidmatan dari pekerja tersebut? Sudah tentu tidak memberi keuntungan dan memberi manfaat kepada syarikat lagi. Pekerja tersebut mungkin akan di berhentikan daripada perkhidmatan dari syarikat tersebut. Setelah diberhentikan adakah insurance dari pada majikan itu memberi perlindungan kepada pekerja tadi? Sudah tentu tiada lagi perlindungan untuk beliau.


Apakah akan terjadi sekira perkerja tersebut di berhentikan. Bagaimana dengan pendapatannya?. Bagaimana pula dengan kos rawatan untuk penyakitnya? Mungkin disebabkan situasi ini beliau akan memberi beban kepada ahli keluarga untuk membiayai kehidupannya.



Anda ada persoalan berkenaan produk SAVING ALL IN ONE, sila tinggalkan maklumat DISINI atau terus hubungi 012 7976562 HAMDAN.

Kongsikan Artikel ini di FACEBOOK anda!

No comments:

Post a Comment