Sunday 11 March 2012

INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA DALAM KONSEP TAKAFUL

Kita sering mendapat kesempatan yang masih ada pada kita. adakah kita menggunakan kesempatan tersebut sebaiknya. alangkah rugi jika kita mengsia-siakan kesempatan yang ada. jika kesempatan itu ltelah tiada kita akan pasti menyesal dan berharap kesempatan itu akan kembali semula kepada kita. 

Oleh itu sementara masih ade kesempatan ini beringatlah dan sedar serta ambil lah tindakkan sebelum kesempatan itu diambil semula.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. ini sangat memberi kita kesedaran untuk kita berkenaan dengan kesempatan yang ada pada kita. Jika kita mendengar lagu nasyid aluan dari kumpulan Raihan sangat menyentuh hati kita. adakah kita mengambil iktibar dari lirik-lirik lagu tersebut.
Berikut adalah INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANGNYA 5 PERKARA.

Sihat Sebelum Sakit.

Dalam konsep Takaful sihat sebelum sakit memberi kita peringatan bahawa. Kita harus menyimpan semasa kita sihat dan mampu berkerja. kita seharusnya beringat di waktu kita sihat inilah masa untuk kita bekerja dan mampu untuk menyimpan dan merancang kewangan kita dan keluarga. Kita tidak meminta untuk sakit tetapi kita tidak tahu dan bila kita akan sakit. Simpanan Takaful di khaskan kepada orang masih sihat dan tidak mempunyai penyakit.
JIka seseorang tersebut telah mnengidap penyakit beliau tidak lagi dibolehkan untuk mendapat perlindungan dari Skim simpanan takaful kerana beliau telah terdedah dengan penyakit. Contohnya Jika seorang itu telah mengidap penyakit kanser, pihak Takaful tidak memberi sebarang bantuan pesakit tersebut walaupun beliau ingin membuat simpanan didalam skim takaful pada waktu tersebut. Pihak takaful tidak mahu menanggung risiko tersebut. tetapi jika pada masa sihat simpanan telah dibuat. pihak takaful akan menanggung kos utuk pembiayaan perubatan sekiranya penyimpan tadi mengidap penyakit kritikal dalam tempoh simpanan tersebut. 
Bukan pembiayaan perubatan sahaja yang akan diberikan malah simpanan yang dibuat akan menjadi percuma, penyimpan tidak perlu membayar lagi tetapi manfaat perlindungan akan tetap diberikan kepada penyimpan tersebut.

Muda sebelum Tua

Untuk kesempatan pada waktu muda dalam konsep Takaful. Kita harus menggunakan kesempatan ini untuk membuat simpanan kerana waktu muda adalah waktu terbaik untuk menyimpan kerana kurang terdedahnya kepada risiko penyakit. Di waktu muda premium untuk perlindungan lebih murah berbanding orang yang telah berusia. jika pada simpanan untuk orang muda dibuat RM200 sebulan dan orang tua membuat simpanan yang sama benefit yang akan diberi adalah tidak sama. Orang lebih muda kan mendapat lebih dari orang yang lebih berusia.

Kaya Sebelum Miskin

Bagi kesempatan kaya pula, sering kali ada yang beranggapan bahawa kalau kita sudah mempunyai kekayaan untuk apa lagi menyimpan didalam simpan Takaful. Kaya tidak selamanya bersama kita. Hidup ibarat roda, kadang dia atas kadang dibawah. Pada masa sekarang mungkin kita kaya, tetapi di masa akan datang kita belum tentu terus kaya. Kita harus bijak merancang kewangan kita untuk mengagihkan risiko kewangan kita kepada tempat yang lebih selamat. bila perancangan kewangan kita bijak dimasa kita kaya InsyaAllah gaya hidup yang sekarang akan berterusan di masa akan datang. adakah anda terfikir jika terkena penyakit kita mahu menggunakan wang selama ini kita usahakan untuk menanggung kos perubatan. tidakkah anda rasa sia-sia dengan usaha anda tersebut hanya untuk menghabiskan untuk membiayai kos perubatan sendiri. Jika di masa anda kaya, anda ada membuat simpanan dalam simpanan Takaful sudah tentu pembiayaan perubatan tidak menjadi masalah buat anda. tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai perubatan yang tinggi. dengan adanya simpanan Takaful gaya hidup yang lepas masih boleh dikekalkan.



Lapang Sebelum Sempit


jika mempunyai masa lapang dalam kehidupan kita jangan lah kita sia-siakan. kerana waktu lapang tersebut sangat memberi manfaat kepada kita untuk membuat perancangan dimasa akan datang. selalunya di masa lapang kita akan membuang masa dan tidak memikirkan untuk merancang kewangan kita. Sehingga sampai waktu sempit kita, kita tidak mempunyai masa untuk membuat perancangan demi masa depan yang lebih baik. sehingga terjadi perkara yang tidak terduga baru lah kita akan menyesal di masa lapang anda tidak menggunakan masa tersebut sebaiknya untuk menghadapi sesuatu perkara yang tidak di duga tersebut.



Hidup Sebelum Mati


Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian tiada yang terkecuali. hendak atau tidak kematian tetap akan tiba, tetapi masanya tidak kita tahu. Apakah persediaan kita untuk menghadapi kematian? Bagi orang islam sudah tentu memikirkan amal ibadat yang harus di bawa ke alam barzakh. tetapi harus kita ingat, kita meninggal kita bakal meninggalkan ahli keluarga anak-anak, isteri dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan. Adakah kita meninggalkan mereka dengan beban hutang kita yang banyak atau wang untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Jika kita meninggalkan hutang alangkah malangnya. mereka akan terus hidup dalam keadaan derita. adakah anda mahu ahli keluarga anta begitu atau anda mahu gaya hidup mereka terus kekal bila ketiadaan anda? Adakah anda merancang sesuatu kepada keluarga anda sekiranya anda tiada nanti. Dengan pelan simpanan Takaful, perlindungan pendapatan pasti diberikan walau tidak sepenuhnya terbaik tetapi masih memberi bantuan kepada ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang.



Anda ada persoalan berkenaan produk SAVING ALL IN ONE, sila tinggalkan maklumat DISINI atau terus hubungi 012 7976562 HAMDAN.


Kongsikan Artikel ini di FACEBOOK anda!



No comments:

Post a Comment