Apa itu Ko Insurance/ Ko Takaful?
Ko Insurance/ Ko Takaful adalah andaian bersama risiko
antara syarikat insurans dan pihak yang diinsuranskan. Dalam insurans ia juga
bermakna perkongsian risiko di antara dua atau lebih syarikat insurans. Ko
insurance telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menjaga kepentingan
hak pelanggan dan hak syarikat insurance/takaful
Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran
untuk kos-kos hospital. Dengan pelan PruBSN pelanggan akan menanggung
sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk
pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.
Min. RM300 | 10%
| RM1,000 Max.
Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di
Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara
bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza.
Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical
card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.
Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful... pelanggan yang
tidak bertangungjawab akan sesuka hati pergi menginap di hospital...
lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenal rapat dengan doctor di hospital
berkenaan. Selalunya Pelanggan yang buat macam ni adalah pelanggan dari luar
kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel. Disebabkan
untuk menjaga kepentingan hak Syarikat Insurans/takaful, Ko- insurans/takaful
di kenakan kepada setiap pelanggan.
Okay... mari kita lihat bagaimana insurans/takaful dari
Prudential/PruBSN dikenakan ke atas pelanggan...
Kes 1 :Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM
5,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful
(dibayar sendiri oleh Si A) = RM500.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM
200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari
hospital.
Kos Hospital = RM 5000.00
Ko-Takaful = RM 500.00
Hospital Benefit = RM 1,000.00
Nota : Untuk kes 1 di atas Si A tidak rugi malah masih
untung lebihan yang ditolak dari Hospital Benefit iaitu sebanyak RM500.00
Kes 2 :Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan
RM 30,000. Kalau ikut 10% dari RM 30,000.00 ialah RM 3,000.00 tetapi Si B hanya
perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM
1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00
akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM 30,000.00
Ko-Takaful = RM 1,000.00
Hospital Benefit = RM 2,000.00
Nota : Untuk kes 2 juga Si B masih belum rugi, masih ada
RM1,000.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.
Kes 1 :Si C masuk wad
2 hari, kos hospital yang dikenakan RM 2,000.00. Si C perlu membayar dari kos
hospital sebanyak 10% Ko-Takaful (dibayar sendiri oleh Si C) = RM300.00.
Walaupun 10% dari RM2000 adalah RM200 tetapi syarat minimum Ko-Insuran/Takaful
Prudential/PRUBsn adalah RM300, Pelanggan seharusnya mmbayar RM300 untuk
Ko-Insuran/Takaful. Hospital Benefit untuk Si C sebanyak RM 200 X 2 hari =
RM400.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si C keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM 2000.00
Ko-Takaful = RM 300.00
Hospital Benefit = RM 400.00
Nota : Untuk kes 2 juga Si C masih belum rugi, masih ada
RM100.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.
Di Prudential/PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful
tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital
Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya
bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi kewangan anda
dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.
Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital... biar
kami yang tanggung kosnya!!!
Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan,
Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement
( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke
wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim.
Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda....
Ya, biar kami yang tanggung kosnya!!!
Anda ada persoalan berkenaan produk SAVING ALL IN ONE,
sila tinggalkan maklumat DISINI atau terus hubungi 012 7976562 HAMDAN.
Kongsikan Artikel ini di FACEBOOK anda!
No comments:
Post a Comment